KESAN SOSIAL AKIBAT KENAIKAN KOS SARA HIDUP.
  1. Peningkatan jumlah jenayah.
  • Pengguna memilih jalan mudah untuk mencuri barang, meragut, merompak untuk mendapatkan wang.
  • Ini kerana pekerjaan asal mereka tidak mampu menanggung jumlah kos sara hidup yang semakin meningkat.
  1. Pengguna terpaksa melakukan banyak kerja.
  • Bagi pengguna yang terlibat dalam sektor kerajaan seperti guru, doktor dan lain-lain, mereka terpaksa melakukan kerja lain kerana peningkatan kos sara hidup.
  • Ini kerana jumlah pendapatan bulanan mereka tidak akan berubah meskipun berlaku peningkatan kos sara hidup.
  • Kesannya, aktiviti sosial bersama keluarga, jiran mahupun rakan-rakan akan dikurangkan kerana sibuk dengan pekerjaan.
  1. Masalah pengangguran.
  • Kilang-kilang terpaksa memberhentikan sebilangan pekerja kerana kos yang semakin meningkat.
  • Pekerja yang kehilangan kerja akan menganggur dan kadar pengangguran negara akan meningkat.
  • Pekerja yang menganggur akan melakukan masalah sosial seperti merompak, meragut dan lain-lain.
  1. Jumlah golongan miskin akan meningkat.
  • Kebanyakkan mereka yang berpendapatan rendah akan mengalami kesan yang paling teruk akibat kenaikan kos sara hidup.
  • Mereka yang tidak mampu terpaksa meminta bantuan dengan orang lain.
  1. Pengguna terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal.
  • Harga barang yang meningkat menyebabkan kenaikan kos sara hidup.
  • Kos perbelanjaan akan meningkat akibat kenaikan harga barang.
  • Jumlah simpanan pengguna turut akan berkurang akibat pertambahan kos perbelanjaan.
  1. Pengguna terpaksa berhutang.
  • Mereka yang tidak mampu terpaksa berhutang sama ada dari bank, keluaran mahupun dari agensi yang tidak sah.
  • Kesannya, mereka terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan hutang mereka kerana terdapat kesan buruk jika mereka tidak membayar hutang.
  1. Taraf hidup rendah.

  • Pengguna mempunyai taraf hidup yang rendah iaitu hidup dalam keadaan miskin.
  • Ia turut memberi kesan kepada negara kerana negara turut akan dipandang rendah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment